Mama lahir 1957 di Singapore kerana atuk bekerja sebagai polis British Amy begitulah bunyinya. Sejarah hidup di Singapore mama tak berapa ingat sebab masih kecil lagi sehingga umur 7 tahun baru pulang kg. Masuk sekolah lewat darjah 2 terus tak boleh darjah 1 lebih umur. Tapi masa tu mama tere juga boleh menulis dan membaca padahal tak pun masuk tadika macam sekarang, pandai juga sebab abang, kakak ada bantu belajar.
1962 dari Singapore pindah ke Kg. Muar, Johor dengan menumpang rumah nenek saudara yang tinggal berdua dengan anak lelaki bongsunya. Atuk masa tu berhenti dari Polis British Singapore kerana gaduh-gaduh cina dengan melayu sebelum Singapore berpisah dengan Semenanjung Malaysia. Atuk sambil buat rumah sendiri, ambil upah kerja-kerja kampung, sebagai tukang masak dan tukang buat rumah. Kemahiran atuk macam-macam termasuk menjahit pakaian baju melayu, seragam dan sebagainya. Padahal atuk tak belajar tetapi katanya dengan melihat cara menjahit di kedai jahiT semasa beliau masih kecil setelah kematian ibu bapanya dan tinggal bersama kakak dan adiknya. Masakpun begitu tengok orang masak dah pandai masa dengan rasa yang sedap.
Masa tu tak guna pun pas keluar masuk Singapore, senang nak berjalan tapi naik feri dari JB ke Singapore sebelum ada jambatan. Atuk dengan sedikit duit yang ada buatlah rumah di kg untuk keluarga mama pada masa itu 9 orang adik-beradik yang dilahirkan di Singapore. Rumah yang dibina berhampiran dengan rumah nenek saudara kira2 selang sebuah rumah di kg. Kalau menjerit susah nak dengar. Rumah2 seperti banglo keliling pokok2 buah, bunga dan tanaman keperluan dapurlah biasanya. Kalau nak makan ubi, keledek, terung, kacang panjang, bendi, cili, buah-buahan seperti pisang, nangka, betik, asam, jambu, rambutan, durian, duku, manggis, langsat dan pelbagai ulam2 ada di kg. Petik saja boleh makan pasti badan sihat wal'afiat tiada racun pun macam sayur sekarang.
Keluarga mama semuanya 12 orang adik-beradik. Masa ni atuk lelaki masih ada berumur 85 tahun lebih kurang telah uzur dan berehat di kg. bersama adik perempuan mama yang tidak bekerja yang sanggup menjaganya dengan baik sekali semoga Allah akan membalas jasa anak yang baik selain drp. menjada 4 orang anak (2 lelaki & 2 perempuan) yang banyak karenah. Suaminya bekerja luar kawasan balik seminggu sekali semoga kebahagiannya berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Sungguhpun begitu adik mama juga mengambil upah menjahit baju, langsir dan pelbagai baju mengikut pesanan pelanggan. Kalau dekat raya ramailah pelanggan sampai tak cukup tangan.